Wednesday, May 6, 2009

Hoping for quicker deployment of gensets

Dear SRA Members,

This is a copy of the email communication with Tenaga for your information.


From: KH Lim [mailto:khlim@ming-kh.com.my]
Sent: Wednesday, 6 May, 2009 5:04 PM
To: 'Nur Zaidi bin Mohamed Yusup'; 'seputeh-residents-association@yahoogroups.com'
Cc: 'CoSec@tnb.com.my'
Subject: SRA menghargai usaha Tenaga, harap dapat gunakan genset secepat mungkin


Saudara Nur Zaidi,

Terima kasih atas penjelasan yang diberi di atas gangguan bekalan malam tadi dan kelmarin.

Bila bekalan letrik terputus lebih-kurang jam 8.45 semalam, saya fikir seketika: “Adakah Tenaga ini pantang dipuji?“ J Apatah lagi, gangguan berlaku dua malam berturut-turut pada waktu yang agak sama.

Lagi pun, Encik Mohamed, penyelia di call centre, memberitahu saya gangguan kali ini disebabkan oleh kerosakan yang lebih teruk dan akan mengambil masa yang agar lebih lama untuk memulihkan bekalan.

Walau bagaimanapun, kami faham bahawa keadaan ini tidak dapat dielakkan. Kami juga amat menghargai usaha pasukan Tenaga untuk “locate and repair“ dan keputusan Tenaga untuk mendapat bekalan sementara dari genset sewaktu kerja-kerja menggantikan kabel dijalankan sepanjang malam.

Kami juga berharap, jika gangguan berlaku di masa hadapan, pihak Tenaga dapat menggunakan genset dalam masa secepat mungkin dan tidak akan mengambil masa selama dua jam macam malam tadi.

Sekian, Terima-kasih.

KH Lim

Naib Presiden SRA


From: Nur Zaidi bin Mohamed Yusup [mailto:nurzaidi@tnb.com.my]
Sent: Wednesday, 6 May, 2009 2:28 PM
To: KH Lim
Subject: RE: Tenaga responded well to Seputeh residents' call for help


Mr. Lim,

Saya ingin memohon maaf di atas gangguan bekalan yang telah dialami pada hai Isnin dan Selasa. Kedua-dua gangguan adalah berkaitan.

Gangguan bekalan pada hari Isnin adalah berpunca dari cable fault dari PMU Danau Desa ke Pencawang Elektrik Taman Bukit Seputeh. Fasa yang terlibat adalah fasa kuning. Feedback telah diberi untuk memberi bekalan semula ke Pencawang Elektrik Tmn Bukit Seputeh. Dalam lingkungan 9.30 pm Bekalan telah berjaya dipulihkan.

Semalam iaitu pada hari Selasa pukul 8.45 pm satu lagi gangguan bekalan di kawasan Seputeh telah berlaku. Ini adalah disebabkan oleh feedback yang diberi pada hari Isnin telah trip. Berbeza dengan hari Isnin, masa untuk pulihkan bekalan memerlukan masa kerana tiada feedback dapat diberi disebabkan beban yang tinggi. Genset telah dipanggil pada pukul 12 pm. 1.45 pm genset siap dipasang ke 2 buah pencawang elektrik untuk memberi bekalan ke kawasan yang mengalami gangguan.

Kerja-kerja locate dan repair telah dilakukan. Cable yang rosak telah diganti dengan yang baru. Kerja-kerja membaik pulih siap sekitar 6 am. Diharap masalah ini tidak akan berulang lagi. Terima kasih diucapkan kepada Mr. Lim di atas kesudian untuk sampaikan status kepada semua penduduk yang mengalami gangguan. Tqvm.

NUR ZAIDI

Kendalian & Senggaraan

KL PUSAT


No comments:

Post a Comment